ani_book.gif (20400 bytes)tajuk2.gif (5771 bytes)

 

 

Pada tahun 1948 terciptalah satu sejarah yang membanggakan penduduk kawasan Sabak Uni.   Demi kepentingan pelajaran anak-anak mereka, satu jawatan kuasa telah ditubuhkan untuk membina sebuah sekolah.

Puan Hajah Maimunah Bt. Mustaram telah bermurah hati mewakafkan tanahnya seluas dua ekar untuk tapak sekolah yang bakal didirikan.  Kemudian diwakafkan lagi dua ekar untuk padang sekolah pula.  Penduduk-penduduk kawasan ini mula bergotong-royong membina sekolah yang diidamkan.  Bahan-bahan binaan seperti kayu diambil dari hutan yang berhampiran. Selain dari itu mereka juga membersihkan kawasan untuk dijadikan padang sekolah.  Sekolah ini diberi nama Sekolah Melayu Sabak Uni yang diambil semperna nama kawasan ini iaitu Sabak Uni. Kemudian sekolah ini ditukar kepada Sekolah Umum Seri Sabak Uni.  Sekarang terkenal pula dengan nama Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni. Mulai tahun 1950 sekolah mula menerima murid-murid dari kawasan sekitar Sabak Uni yang terdiri daripada empat buah kampung. Pada masa itu muridnya berjumlah 130 orang murid lelaki dan perempuan. Gurunya pula seramai empat orang termasuk seorang guru besar yang bernama En. Shahid b. Hassan.

Oleh kerana muridnya semakin bertambah setiap tahun, pada tahun 1970 sekolah ini telah dibina semula dengan menggunakan bahan binaan konkrit. Sebuah bangunan konkrit bertingkat dua. Bangunan ini mengandungi enam buah bilik darjah, bilik guru besar, pejabat, bilik guru, bilik air dan kantin sekolah.  Pada tahun 1999  sekolah ini   mempunyai seramai 257 orang murid. Jentera penggeraknya pula terdiri daripada 15 orang guru penolong , seorang  Guru Besar, Pegawai Kerani, seorang PAR,dan dua orang   PRA.

Sehingga saat ini SK Seri Sabak Uni telah melahirkan ramai pelajar-pelajar yang berkalibar dalam pelbagai bidang. Semoga kejayaan ini berterusan di masa-masa mendatang.

 

                                       ssu.jpg (36042 bytes)

                                 ssu1.jpg (30882 bytes)

 

 

 

Menu Ucapan Piagam Staff