Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekolah yang unggul mempunyai persekitaran yang selesa, tenteram, aman , mesra, penuh kasih sayang dan riang serta merangsang pembelajaran. Persekitaran begini dapat membentuk murid memperkembangkan sahsiah sepadu dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi.
Dalam menuju alaf baru SK Seri Sabak Uni mengorak langkah untuk memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan iaitu sentiasa menuju ke arah kecemerlangan. Warga sekolah sentiasa mengikuti perubahan-perubahan positif yang terdapat dalam sistem pendidikan terkini.
Warga pendidik perlu mempunyai hala tuju dan wawasan yang jelas untuk membawa anak-anak didik mereka ke arah kecemerlangan yang berterusan.
Melalui Laman Web ini, adalah diharapkan segala pendedahan dalam pendidikan dapat digunapakai oleh semua sekolah.
Sekian terima kasih.
Pn. Siti Zaliha Othman
Guru Besar
SK Seri sabak Uni.